Kerajaan, BNM akan longgarkan syarat pinjaman perumahan, kata Guan Eng

Kerajaan, BNM akan longgarkan syarat pinjaman perumahan, kata Guan Eng

Tindakan akan diambil terhadap bank sekiranya permohonan pinjaman ditolak tanpa justifikasi kukuh.

Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan bersama Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha melonggarkan syarat pinjaman perumahan tanpa menjejaskan kestabilan sistem kewangan.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bagaimanapun, sekiranya kementeriannya menerima laporan daripada pihak pemaju berkaitan pinjaman perumahan ditolak tanpa sebab yang kukuh, tindakan akan diambil.

“Kementerian akan mengambil tindakan ke atas bank yang terbabit sekiranya kami menerima laporan bahawa permohonan pinjaman ditolak tanpa sebarang justifikasi kukuh,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Kempen Pemilikan Rumah-Ekspo Hartanah Malaysia (HOC-MAPEX) hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.