DoJ mahu Goldman mengaku salah dalam penyelesaian kes 1MDB

DoJ mahu Goldman mengaku salah dalam penyelesaian kes 1MDB

Saham Goldman jatuh 1.5% berikutan laporan tersebut.

Peranan Goldman Sachs dalam skandal 1MDB disiasat oleh pihak berkuasa di banyak negara. (Gambar AFP)
BENGALURU:
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mengesyorkan penyelesaian dengan Goldman Sachs Group berhubung peranannya dalam skandal 1MDB perlu melibatkan pengakuan bersalah di peringkat syarikat induk, menurut laporan Financial Times, Rabu.

Syor dalaman oleh pihak pendakwa itu kini sedang dipertimbangkan oleh pegawai kanan DoJ, kata FT yang memetik sumber.

Saham Goldman jatuh 1.5% berikutan laporan tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.