Selangor ketika ini berdepan dengan gangguan bekalan air secara berjadual iaitu bermula hari ini sehingga Sabtu.

Tidak dinafikan ada yang sudah membuat persediaan dengan membeli baldi dan tong besar bagi menampung keperluan seisi rumah.
Namun mungkin ada juga daripada mereka terlupa dek kerana sibuk bekerja.
Sudah pasti tidak cukup bekalan air di rumah akan merencatkan apa jua aktiviti yang melibatkan air.
Tapi jangan risau, berikut 5 tips cara menggunakan air dengan bijak.
1. Bawa botol minuman

2. Tangguh cuci baju

3. Kumpul pinggan mangkuk

Tetapi, air dapat dijimatkan jika anda membasuh semua pinggan mangkuk terkumpul sekali gus dengan menyediakan 2 besen untuk mencuci dan membilas.
4. Tadah air hujan

Pastikan bekas tadahan yang digunakan sudah dibersihkan terlebih dahulu ya!
Air hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman atau mencuci kenderaan.
5. Kitar semula air mandian

Antaranya membersihkan bilik air atau tandas rumah anda.
Anda juga boleh menjimatkan air dengan mandi sekali sehari sahaja atau menggunakannya ketika perlu sahaja.
Jangan bimbang, anda juga boleh mendapatkan perkembangan terkini tentang gangguan bekalan air melalui aplikasi Air Selangor, yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App.
Aplikasi itu akan memaklumkan pengguna tentang gangguan air berjadual secara terperinci termasuk waktu ia akan berakhir, senarai kawasan terjeas dan punca gangguan berlaku.
Pengguna juga boleh berinteraksi dengan Airra (ciri perbualan) menerusi aplikasi tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]