MEF: Setarakan matrikulasi, asas pra-U, STPM jika mahu peluang sama rata

MEF: Setarakan matrikulasi, asas pra-U, STPM jika mahu peluang sama rata

Pengarah Eksekutif Samsuddin Bardan berkata kerajaan tidak boleh bertolak ansur dalam soal mutu peperiksaan bagi melahirkan siswazah yang kompeten.

PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menggesa kualiti program matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kursus asas pra-universiti disetarakan, bagi melahirkan siswazah yang kompeten daripada setiap laluan itu.

Pengarah Eksekutif Shamsuddin Bardan menyeru kerajaan mengkaji semua ketiga-tiga laluan itu, mengatakan tidak boleh jika ada yang lebih mudah atau lebih singkat berbanding yang lain.

“Sekiranya program matrikulasi boleh diselesaikan dalam setahun, kerajaan perlu kaji semula apakah STPM pun boleh diselesaikan dalam tempoh yang sama,” katanya kepada FMT.

Menjawab kenyataan ahli akademi, Teo Kok Seong daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, yang memberitahu FMT program matrikulasi dan kursus asas pra-universiti jauh lebih mudah berbanding STPM, Samsuddin berkata ini tidak patut berlaku.

Katanya, kerajaan boleh teruskan dengan laluan yang berbeza ke universiti tetapi mutu peperiksaan tidak boleh tolak ansur.

“Jika kerajaan mahu beri peluang sama kepada semua, mereka perlu kaji semula seluruh dasar, bukan satu kursus lebih mudah dan singkat daripada yang lain,” katanya.

Shamsuddin berkata, kesimpulannya semua penuntut melalui tahap yang sama untuk memasuki universiti.

Sebelum ini, Teo berkata matrikulasi adalah alternatif kepada STPM yang lebih mencabar untuk lulus.

Shamsuddin berkata majikan sedar matrikulasi, kursus asas pra-universiti dan STPM mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

“Apa yang kita mahu siswazah yang berdaya saing. Untuk itu, kita juga perlu kaji kursus dan cara penuntut diajar di universiti,” katanya.

Beliau menggesa kerajaan mencari jalan melahirkan siswazah yang berfikiran kritikal dan memiliki kemahiran komunikasi.

Di masa lalu, katanya, kegagalan mendapatkan graduan tempatan yang berkemahiran demikian memaksa majikan menggaji warga asing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.