Sesetengah orang salah faham tentang penyakit gout disebabkan penyebaran pelbagai mitos, termasuk cara rawatan dan pencegahan yang menyebabkan sebilangan pesakit berdepan komplikasi.

Ada yang berpendapat, gout merupakan penyakit melibatkan otot atau saraf, sedangkan fakta ia adalah keradangan pada sendi disebabkan pengumpulan kristal asid urik di bahagian itu.
Kesakitan akibat gout boleh berlarutan beberapa hari atau memerlukan masa berminggu untuk reda, terutamanya jika tidak menerima rawatan.
Apakah Gout?
Kalau dilihat dari sudut sejarah, penyakit gout ialah penyakit paling lama dihidapi manusia sejak sekian lama.
Kebiasaannya, masyarakat mengaitkan penyakit gout dengan keradangan atau sakit pada sendi, terutamanya ibu jari kaki berpunca daripada asid urik berlebihan di dalam tubuh.
Asid urik yang sepatutnya disingkirkan tubuh, terkumpul di bawah kulit lalu membentuk benjolan dipanggil “toph”.
Ia juga boleh membentuk batu karang jika terkumpul di dalam saluran kencing.
Mengikut kajian, lelaki lebih cenderung diserang penyakit gout berbanding wanita.
Salah satu cara yang boleh mengurangkan serangan penyakit gout ialah mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.
Berikut 6 makanan yang berpotensi mencegah penyakit gout, seperti dikongsikan Kementerian Kesihatan.
1. NANAS

2. KUNYIT

3. PEGAGA

4. LEMON

Kalau minum di luar, rajin-rajinlah pesan air lemon tanpa gula.
5. HALIA

6. CILI

Tapi seeloknya makanlah cili segar ya!
ELAKKAN MAKANAN TINGGI PURIN
Di samping mengamalkan makanan di atas, makanan yang tinggi dengan kandungan purin seperti hati, paru, ikan bilis, ketam, udang dan kerang perlu dihadkan.
Minumlah air kosong secukupnya dan jangan lupa makan ubat berdasarkan nasihat doktor.
Gout boleh dirawat dan dikawal melalui pengambilan diet seimbang.
Sumber MyHealth
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]