Sri Lanka diberi amaran beberapa jam sebelum serangan

Sri Lanka diberi amaran beberapa jam sebelum serangan

Perisikan India menghubungi perisikan Sri Lanka 2 jam sebelum serangan pertama bagi memberi amaran mengenai ancaman khusus terhadap gereja, kata sumber.

Seorang individu disyaki pengebom bunuh diri dirakam CCTV memasuki Gereja St Sebastian di Negombo pada 21 April. (Gambar Reuters)
COLOMBO:
Pegawai perisikan Sri Lanka diberi maklumat mengenai serangan yang bakal dilakukan militan Islam beberapa jam sebelum siri serangan bunuh diri yang meragut 300 orang pada Ahad, kata 3 sumber yang tahu mengenai perkara itu.

Tiga gereja dan 4 hotel diserang pengebom bunuh diri pada Ahad pagi, membunuh 321 orang dan mencederakan 500 yang lain, serangan yang menggemparkan negara itu yang aman sejak perang saudara tamat sedekad lalu.

IS mengaku bertanggungjawab atas serangan pada Selasa, tanpa memberikan bukti penglibatannya.

Pegawai perisikan India menghubungi rakan sejawat Sri Lanka 2 jam sebelum serangan pertama bagi memberi amaran mengenai ancaman khusus terhadap gereja-gereja, kata sumber pertahanan Sri Lanka dan sumber kerajaan India.

Seorang lagi sumber pertahanan Sri Lanka berkata amaran diberikan “beberapa jam” sebelum serangan pertama.

Seorang sumber Sri Lanka berkata India juga memberi amaran pada malam Sabtu. Sumber kerajaan India berkata pesanan diberikan kepada ejen perisikan Sri Lanka pada 4 April dan 20 April.

Pejabat presiden Sri Lanka dan Kementerian Luar India belum respon kepada permintaan media untuk komen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.