
Ia turut menolak permohonan penangguhan oleh peguam, sementara menunggu semakan semula sabitan dan hukuman itu.
Ramly Ali yang mengetuai panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan berkata, peguam itu tidak membuat sebarang permohonan maaf, walaupun ada permintaan khusus daripada mahkamah.
Katanya, panel itu juga tidak yakin dengan artikel Arun itu ditulis berdasarkan kepentingan awam.
“Adalah jelas kepada kami yang undang-undang itu dilanggar,” kata Ramly sambil menambah sebagai pegawai mahkamah, Arun perlu mendukung martabat mahkamah.
Berdasarkan keadaan itu, katanya, hukuman sewajarnya ialah penjara 30 hari mulai hari ini dan denda RM40,000 atau tambahan 30 hari penjara.
Hakim lain dalam panel itu adalah Azahar Mohamed, Rohana Yusuf, Tengku Maimun Tuan Mat dan Nallini Pathmanathan.
Arun dalam hujah tambahan kepada peguamnya, Wilson Joy Appukuttan, berkata beliau tiadk berniat menjejaskan badan kehakiman, tetapi hanya mahu pembaharuan dilaksanakan dalam Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia).
“Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan, tetapi saya tidak berniat memohon maaf.”
Peguam Negara, Tommy Thomas dalam penghujahan untuk hukuman berkata, beliau membiarkan mahkamah membuat keputusan, tetapi beliau memberi satu senarai kes di Malaysia dan Singapura berhubung trend hukuman bagi kesalahan menghina mahkamah.
“Sebagai penjaga kepentingan awam dan kedaulatan undang-undang, kita sudah membuktikan kes kita melampaui keraguan munasabah.”