
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, pasukan JSJ Hilir Perak mengesan sebuah Toyota Vellfire berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah bangunan di Taman Melor Sejati @ Sejati Waterfront di Teluk Intan.
Beliau berkata, kenderaan berkenaan ditemui pada 5 petang.
“Ketika ini, kenderaan terbabit berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, walaupun kenderaan itu sudah lama ditinggalkan, ia tidak diusik mana-mana pihak dan yakin suspek meninggalkannya kerana takut, selepas kehilangan kenderaan itu disebarkan di media sosial.
“Sekarang ini dibawa ke IPD Hilir Perak untuk siasatan dan kami menemui beberapa cap jari pada kereta berkenaan dan ia akan dianalisis oleh forensik.
“Selain itu, kami juga mendapati kereta berkenaan turut menggunakan nombor plat pendaftaran palsu, manakala tiada barang berharga hilang, antaranya sistem audio.”
Razarudin berkata, siasatan kes masih berjalan dan polis mempergiatkan usaha memburu semua suspek yang terlibat dengan kehilangan kereta itu.
Khamis lalu, sebuah kenderaan MPV polis yang digunakan Mohmad dilaporkan hilang, dipercayai dicuri dekat sebuah restoran di Sungai Ramal, Kajang, dekat sini.
Ketua Polis Perak, Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.