Berbuka puasa dalam mangkuk tingkat tampil kelainan hanya di Hugo’s KL

Berbuka puasa dalam mangkuk tingkat tampil kelainan hanya di Hugo’s KL

Jika mahukan kelainan berbuka puasa tanpa berbelanja lebih, Hugo’s Bar KL pasti tidak menghampakan dari segi rasa selain boleh membawa balik mangkuk tingkat.

Mangkuk tingkat yang digunakan Hugo’s KL beri kelainan dengan cara tradisional berbuka puasa

Setiap kali tibanya bulan Ramadan sudah pasti akan terlintas di fikiran kita hidangan bufet yang mewah bersusun menunggu di semua hotel terkemuka dan restoran terkenal.

Namun apa yang ditampilkan oleh Hugo’s KL di Ramada Suites ternyata memberi persepsi berbeza cara membuka puasa.

Dengan menyediakan mangkuk tingkat sebagai bekas makanan tradisional sudah tentu dapat memberi kepuasan dengan caranya tersendiri.

Pengurus Restoran dan Bar Hugo’s KL, Mohd Shukri Jeffri (4 dari kiri) bersama barisan chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan lazat sempena Ramadan.

Menurut Pengurus Restoran dan Bar Hugo’s KL, Mohd Shukri Jeffri walaupun konsep restoran dan bar bercirikan moden, namun hidangan yang disajikan lebih menekankan kepada makanan tempatan.

“Memandangkan restoran dan bar Hugo’s KL lebih kepada moden namun kita menyediakan set hidangan berbuka puasa bercirikan Melayu asli dalam mangkuk tingkat dan menariknya ia boleh dibawa pulang.

“Mangkuk tingkat 3 bekas ini sudah pasti akan mengembalikan nostalgia masakan tradisional Melayu yang dinikmati bersama keluarga dan sahabat handai yang secara tidak langsung akan mengeratkan lagi silaraturahim,” katanya kepada FMT.

Tambahnya menyajikan makanan dalam mangkuk tingkat juga secara tidak langsung memudahkan sesiapa sahaja untuk menikmatinya di mana sahaja.

Ketua Chef Hugo’s KL Bar dan Restoran, Chef Bahar Abdullah mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang masakan

Sementara itu bagi chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan lazat ini, Chef Bahar Abdullah dan pasukannya memilih untuk menampilkan 4 menu dari utara hinggalah ke Pantai Timur bagi tahun ini.

“Setiap orang mempunyai selera yang berbeza jadi kami memberi 4 pilihan kepada mereka untuk memilih.

“Malah setiap hidangan ini akan dilengkapi dengan buah kurma, aneka kuih Melayu dan air sama ada sirap bandung , cincau atau soya,” katanya.

Antara menu yang disediakan adalah

  • Nasi Biryani Ayam

Nasi Biryani, Dalca sayur, jeruk, telur rebus dan papadum.

  • Nasi Tomato dengan Ayam Merah

Nasi Tomato, Ayam masak merah, Dalca sayur, jeruk dan papadum

  • Ayam Percik Panggang

Nasi putih, sayur, ayam panggang dengan herba tradisional

  • Nasi Kerabu with Ayam Percik

Nasi Kerabu, ulam, sambal kelapa, telur itik masin, budu, sambal belacan, keropok dan Ayam percik

Nasi Kerabu dengan Ayam Percik hidangan istimewa dari Pantai Timur
Ayam Percik Panggang pasti membuka selera sesiapa sahaja yang melihatnya.
Nasi Tomato dan Nasi Beriani hidangan wajib di bulan puasa kerana ia lengkap dengan lauk pauk yang menyelerakan.
4 hidangan istimewa yang ditawarkan oleh Hugo’s KL Restoran dan Bar bersama dengan mangkuk tingkat tidak seharusnya dilepaskan.
Kuih Muih yang turut disediakan bersama dengan set nasi sebagai pelengkap hidangan

Harga yang ditawarkan bagi setiap set ini juga berpatutan iaitu RM45.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk berbuka puasa di rumah atau mahukan kelainan tanpa berbelanja lebih, adalah amat wajar untuk memilih Hugo’s Bar KL yang semestinya tidak menghampakan dari segi rasa dan kelazatannya selain boleh membawa balik mangkuk tingkat.

Hidangan ini boleh dinikmati dari 5 Mei sehingga 3 Jun 2019.

Bagi yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 03-2386 9288 sambungan 9218.

Hanya dengan harga RM45 setiap set pelanggan juga berpeluang membawa pulang mangkuk tingkat.
Ruang restoran yang luas dengan hiasan dan pencahayaan menarik perhatian sesiapa sahaja yang ingin berbuka puasa di Hugo’s KL Restoran dan Bar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.