Tiada rakyat Malaysia terbunuh dalam letupan di Sri Lanka

Tiada rakyat Malaysia terbunuh dalam letupan di Sri Lanka

Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan berdekatan berhati-hati serta mengikuti perkembangah terkini menerusi laporan media dan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas 3 gereja dan 3 hotel mewah di Colombo yang meragut sekurang-kurangnya 138 nyawa. (Gambar Reuters)
PUTRAJAYA:
Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam beberapa letupan di Colombo, Sri Lanka, hari ini.

Pengesahan itu susulan laporan letupan di Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Hotel Shangri-La dan Hotel Cinnamon Grand di ibu negara Sri Lanka, serta sebuah gereja di Batticaloa.

Kejadian kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 138 nyawa.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, setakat 1.30 tengah hari waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan berharap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan.”

Kementerian Luar turut menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan berdekatan berhati-hati serta mengikuti perkembangah terkini menerusi laporan berita tempatan dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo sedang memantau rapi situasi.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut atau sebarang bantuan boleh ke 45, Rosmead Place Colombo 07, Sri Lanka atau hubungi 00-(94) 11 755 7711 (pejabat)/00-(94) 76 677 4445 /00-(94) 76 398 8777 serta e-mel [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.