
Presiden PAS itu berkata, pihaknya mengalu-alukan pendedahan itu dan terpulang kepada Anwar untuk mendedahkan perkara itu dalam masa terdekat.
“Kita akan buat kenyataan selepas dia (Anwar) dedahkan,” katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak ke-36 di sini, hari ini.
Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lalu mendakwa tahu jumlah dana yang diterima pemimpin PAS dan identiti penerima serta akan mendedahkannya dalam masa terdekat.
Sementara itu, Hadi berkata, PAS akan terus meningkatkan kerjasama dengan Umno demi kebaikan ummah dan negara.
“Kita berharap kerjasama yang lebih baik dan mantap dengan melihat cabaran pada masa lalu secara berperingkat yang kita mulakan melalui kerjasama pilihan raya kecil sebelum ini.”