India: Pilihan raya peringkat ke-2 selesai

India: Pilihan raya peringkat ke-2 selesai

Dengan jumlah pengundi terbesar di dunia, iaitu hampir 900 juta, pilihan raya India diadakan dalam 7 peringkat hingga 19 Mei.

Parti pemerintah sayap kanan BJP merupakan pencabar terbesar dengan perdana menteri Narendra Modi cuba mempertahankan jawatan untuk penggal kedua. (Gambar Bernama)

CHANDIGARH (India): Peringkat kedua pilihan raya India berakhir Khamis, membabitkan 95 kawasan parlimen di 11 negeri dan satu wilayah kesatuan, lapor agensi berita Anadolu.

Bercakap kepada media selepas proses pengundian ditutup, pesuruhjaya kanan Suruhanjaya Pilihan Raya India, Umesh Sinha berkata, jumlah pengundi keluar mengundi sebanyak 66%.

Jumlah pengundi paling ramai di Bengal Barat, iaitu 75.27%.

Selain itu beliau berkata, terdapat beberapa kejadian keganasan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di Bengal Barat semasa hari pengundian.

“Insiden keganasan dilaporkan di Chhattisgarh, Manipur, Karnataka, Bihar dan Tamil Nadu,” katanya kepada stesen penyiar tempatan News18.

Mempunyai jumlah pengundi terbesar di dunia – hampir 900 juta – pilihan raya India diadakan dalam 7 peringkat hingga 19 Mei. Pengiraan undi pada 23 Mei dan keputusan dijadual diumumkan hari yang sama.

Parti pemerintah sayap kanan Bharatiya Janata merupakan pencabar terbesar, menyaksikan Perdana Menteri Narendra Modi cuba mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.