Ringgit terus rendah berbanding dolar AS

Ringgit terus rendah berbanding dolar AS

Unit tempatan diniagakan pada 4.140/144 berbanding dolar AS daripada 4.133/136 sewaktu ditutup semalam.

Peniaga berkata, walaupun sentimen terhadap ringgit dijejaskan oleh laporan negatif, namun kesannya lebih bersifat sementara berikutan aliran keluar dana asing mulai stabil.
KUALA LUMPUR:
Ringgit didagangkan rendah berbanding dolar AS hari ini akibat permintaan yang lemah susulan kebimbangan berkaitan kemungkinan penurunan penarafan bon Malaysia oleh penyedia indeks global, FTSE Russell.

Pada 9.09 pagi ini, unit tempatan itu diniagakan pada 4.1400/1440 berbanding dolar AS daripada 4.1330/1360 sewaktu ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata, walaupun sentimen terhadap ringgit dijejaskan oleh laporan negatif, namun kesannya lebih bersifat sementara berikutan aliran keluar dana asing yang mulai stabil.

Sementara itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0596/0637 daripada 3.0551/0583 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.6968/7013 daripada 3.6892/6925.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.3977/4042 daripada 5.3890/3946 dan turun berbanding euro kepada 4.6770/6819 daripada 4.6736/6774.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.