
Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi, Education Malaysia Mesir (EME), yang memantau keadaan itu berkata, seorang pelajar Malaysia telah pulang ke Malaysia, menjadikan 95 pelajar masih berada di negara itu.
EME akan terus mendapatkan perkembangan terkini daripada kedutaan besar Malaysia di Khartoum dan persatuan mahasiswa Malaysia Sudan untuk menyediakan bantuan sekiranya diperlukan.
Kesemua pelajar juga dinasihati supaya sentiasa mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh kedutaan Malaysia di Khartoum dari semasa ke semasa.
Jumlah pelajar Malaysia di Sudan adalah seramai 101 pelajar dengan 95 orang daripada mereka berada di Khartoum dan selebihnya berada di Malaysia berikutan universiti mereka masih tutup.
Pada 12 April 2019, kerajaan Sudan mengisytiharkan perintah darurat selama 3 bulan susulan pergolakan di negara tersebut.
Jabatan Pendidikan Tinggi turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Malaysia di Khartoum atas bantuan yang disediakan kepada pelajar Malaysia yang menghadapi situasi getir itu.