
WASHINGTON: Kempen pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudah mengumpul lebih AS$30 juta pada suku pertama 2019, lapor agensi berita Xinhua, memetik CNN pada Ahad.
Pengarah komunikasi kempen, Tim Murtaugh berkata, jumlah baki kempen adalah sebanyak AS$40.8 juta.
Menerusi twitternya pada Ahad, Murtaugh menulis, hampir 99% sumbangan berjumlah AS$200 atau kurang dengan purata sumbangan sebanyak AS$34.26.
Kempen senator Vermont Bernie Sanders, yang bertanding buat kali kedua untuk jawatan presiden AS, berjaya mengumpul sejumlah AS$18.2 juta dalam tempoh 41 hari sejak dilancarkan secara rasmi pada Februari lalu.
Ini diikuti senator California Kamala Harris, bekas jeneral negeri itu dengan AS$12 juta.