
Kurang sebulan lagi Ramadan bakal tiba, maka banyaklah juga promosi Bufet Ramadan.
Namun tidak dapat dinafikan Felda D’Saji adalah pilihan terbaik kerana menawarkan lebih 150 pilihan hidangan kepada pengunjungnya.
Dengan berkonsepkan ‘Sajian Warisan’ Felda D’Saji turut menampilkan kelainan dengan mengadakan sesi ‘Live Cooking’ oleh chef berpengalaman iaitu Chef Ismail Jaafar, Chef Mohd Nazri Che Mohammad dan Chef Saifulirwan Zainuddin.
Barisan Chef Felda D’Saji ini akan menyediakan hidangan Gulai Kawah Daging Batang Pisang, Kuey Tiaw Goreng, Teppanyaki dan cucur peneram.





Selain Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Sup Daging Tulang Berempah, Kambing Golek, Gulai Urat Keting dan Asam Pedas Tetel Felda D’Saji juga peka dengan permintaan pelanggan yang mahukan pilihan masakan Barat, Jepun dan Itali.
5 cawangan Felda D’Saji yang bakal menyediakan bufet Ramadan ialah Dewan Perdana Felda, Laman Gemilang Kelana Jaya, Orchand Villa Gombak, Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa dan Lake Cempaka Villa Bangi.
Dengan pengalaman 20 Tahun dalam penyediaan juadah ramadan, Felda D’Saji yakin pendekatan baharu dan kepelbagaian menu, akan menjadikannya Iebih relevan dan memenuhi citarasa pelanggan.





Tahun ini Felda D’Saji turut meneruskan tradisi dengan menyediakan perkhidmatan D’Saji Delivery sepanjang bulan Ramadan dengan pakej serendah RM250 yang boleh dinikmati oleh 12 sehingga 15 orang.
Penghantaran dibuat sekitar Lembah Klang dalam radius 10km.
Untuk pihak korporat dan oragnisasi yang berminat, Felda D’Saji juga menyediakan perkhidmatan tempahan bagi majlis berbuka di lokasi istimewa terpilih.
Dan pakej bermula dari RM68++ untuk tempahan minimum 300 orang.

| Harga adalah seperti berikut: | Harga asal | Promosi ‘Early Bird’ |
| Dewan Perdana Felda | RM88+ per pax | RM66+ per pax |
| Orchand Villa Gombak | RM55+ per pax | RM45+ per pax |
| Laman Gemilang Kelana Jaya | RM55+ per pax | RM45+ per pax |
| Lake Cempaka Villa, Bangi | RM55+ per pax | RM45+ per pax |
| Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa | RM93+ per pax | RM68+ per pax |
Untuk tempahan delivery boleh hubungi 019-662 2525
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]