
Kedua-dua lelaki berusia 46 dan 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor di sini, kira-kira 6 petang Khamis.
Difahamkan, hasil siasatan dijalankan mendapati 2 anggota itu bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM2,200 bagi pembayaran tuntutan kawalan Rela menggunakan satu penama yang tidak hadir bertugas untuk pos kawalan di Jabatan Pengangkutan Jalan Johor pada bulan lalu.
Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda 5 kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.