
Ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu yang tersebar di sosial media, pakar bius itu menunjukkan pegawai terbabit, U Karunesh berada bersamanya.
“Beliau tidak ditahan, beliau ada bersama saya di sini,” katanya pada kempen bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim di Kampung Sagga, di sini, semalam.
Streram yang juga timbalan ketua PKR Bahagian Rembau berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan lanjut.
Sementara itu, Karunesh menyifatkan dakwaan terhadapnya ialah cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkannya sebagai ahli perniagaan dan politik.
“Kawan-kawan saya hubungi saya tanya apa masalah, saya nak nafikan sekerasnya-kerasnya, janganlah buat fitnah. Buatlah (amalkan) politik sihat, nak bertanding, bertandinglah dengan baik, kalau ada bukti tunjukkan.”
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Rosli Ishak ketika dihubungi Bernama mengesahkan tiada sebarang tangkapan berhubung isu itu.