
Beliau berkata, kerajaan mengenakan syarat tambahan iaitu bahan mentah yang dibawa ke Malaysia mesti melalui proses dekontaminasi terlebih dahulu.
“Kami mengenakan syarat tambahan bahawa mereka mesti mengambil sisa itu. Tetapi mereka mahu membuang sisa ke mana? Mereka mahu membawa ke Australia tetapi Australia tidak mahu menerimanya. Jadi kita tidak dapat melakukannya.
“Jadi apa yang kita lakukan adalah membuka peluang perniagaan kepada orang lain. Mereka adalah syarikat yang bersedia membeli Lynas,” katanya kepada pemberita hari ini.
Mahathir berkata, syarikat yang berminat itu juga berjanji membersihkan bahan mentah itu terlebih dahulu.
“Jadi apabila bahan mentah datang ke sini, sisa radioaktif akan berkurang. Sisa itu tidak berbahaya kepada semua orang. Jadi Lynas boleh terus beroperasi jika mereka boleh berjanji bahan mentah dari Australia dibawa ke sini selepas membersihkannya.”
Lynas baru-baru ini mengkritik kaukus ahli parlimen kerana tidak hadir dalam taklimat mengenai operasi syarikat walaupun dijemput untuk berbuat demikian.
Dalam satu kenyataan, ia mengatakan hanya seorang yang membalas jemputan tersebut.
Lynas juga sebelum ini berkata mereka menjemput Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin ke kilang mereka sebanyak 8 kali namun tiada sebarang respon.