Perbicaraan kes Najib bermula selepas dakwaan dibacakan semula

Perbicaraan kes Najib bermula selepas dakwaan dibacakan semula

Bekas perdana menteri itu berdepan 7 dakwaan berkaitan SRC International.

KUALA LUMPUR: Najib Razak hari ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas 7 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa, apabila perbicaraannya bermula secara rasmi hari ini dengan Peguam Negara, Tommy thomas membacakan kenyataan pembukaan kes pendakwa raya.

Bekas perdana menteri itu, yang tiba di mahkamah dengan sut biru gelap dan tali leher sedondon, dikenakan 3 tuduhan pecah amanah dan 1 tuduhan salah guna kuasa berkenaan dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International bernilai RM42 juta.

Bekas presiden Umno itu juga dikenakan 3 tuduhan pengubahan wang melibatkan jumlah yang sama hasil aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Semua kes dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi, dan dibicarakan di depan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Perbicaraan pada mulanya ditetapkan dari 12 Februari hingga 29 Mac, tetapi pasukan peguam Najib diketuai Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan 4 perkara interlokutari yang kini berada di Mahkamah Persekutuan.

Mohd Yusof Zainal Abidin juga dalam pasukan Najib manakala Thomas mengetuai pasukan pendakwaan yang terdiri daripada 12 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.