‘Mushroom Dome Cabin’, penginapan Airbnb paling ‘hot’ di dunia

‘Mushroom Dome Cabin’, penginapan Airbnb paling ‘hot’ di dunia

Tampil dengan rekaan seperti cendawan menjadi pilihan utama di Airbnb

Airbnb merupakan aplikasi yang menawarkan anda pelbagai pilihan penginapan dengan harga berpatutan.

Malah, kabin yang dikenali sebagai Mushroom Dome Cabin menjadi penginapan Airbnb paling popular di dunia.

Penginapan tersebut tampil dengan rekaan seperti cendawan menjadikan ia penginapan pilihan utama di Airbnb.

Menariknya, penginapan ini terletak dalam hutan di San Francisco.

Untuk pengetahuan anda, Mushroom Dome Cabin ini dimiliki oleh Kitty dan Michael dan kabin ini mampu memuatkan 3 tetamu.

Malah, ia hadir dengan 1 bilik tidur dan 2 katil sahaja.

Rekaannya adalah semi-rustic dimana tidak terlalu moden dan ada sedikit ciri-ciri tradisional.

Pastinya anda yang ingin merasai suasana dalam hutan, menikmati keindahan bintang dan bulan, anda akan dapat nikmati di sini.

Bagi anda yang ingin menginap di Mushroom Dome Cabin, harga penginapan untuk satu malam adalah $130 (RM531) dan anda boleh membuat tempahan melalui Airbab secara atas talian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.