
Berucap kepada rakyat negara itu dari balkoni ibu pejabat parti beliau di ibu negara Ankara selepas diumum sebagai pemenang pilihan raya tempatan pada Ahad, Erdogan berkata, 56% perbandaran di Turki akan dikendali oleh AKP.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat negara ini, terutama saudara Kurdish kita, kerana menunjukkan sensitiviti terhadap isu kelangsungan hidup,” kata beliau.
Parti pemerintah Turki itu mendahului pilihan raya tempatan dengan calon AKP memenangi 16 kawasan perbandaran metropolitan dan 24 kawasan bandar, menurut keputusan tidak rasmi.
Berjuta-juta rakyat Turki mengundi untuk memilih datuk bandar, anggota majlis perbandaran dan para pegawai kejiranan bagi tempoh 5 tahun berikutnya.