
Oleh itu, apa sahaja keputusan hari mengundi nanti, pada cubaan keduanya di DUN Rantau, tidak akan memberi kesan pada reputasi Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang menyokong pencalonannya sebagai calon Pakatan Harapan.
Tidak semua dalam PH menyokong pencalonan Streram, terutama selepas gabungan itu tewas di Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.
Selain Streram, majlis pimpinan negeri menyerahkan 6 nama untuk dipertimbangkan pucuk pimpinan PKR.
“Saya masih seorang calon ‘underdog’ menentang timbalan presiden Umno,” katanya mengingatkan pemberita apabila ditemui di satu program bersama media di Sendayan hari ini.
Meskipun begitu, Streram percaya dia mempunyai 70% peluang untuk menang di Rantau.
“Saya bertuah kerana Anwar dan perdana menteri di belakang PH,” katanya.
Pakar bius ini berkata dia tidak mempunyai sebarang rancangan khusus untuk DUN Rantau.
“Saya sudah pergi ke rumah-rumah penduduk setempat dan mereka terima saya sebagai calon di sini,” katanya.
Beliau bagaimanapun berharap isu kaum dan agama tidak dimainkan untuk meraih undi sepanjang tempoh berkempen yang bermula hari ini hingga tengah malam 12 April.
“Sepanjang saya berkhidmat menjadi pakar bius, saya tidak pernah mengambil kira bangsa, kaum dan agama pesakit saya,” katanya.
PRK Rantau menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara calon bertahan, Mohamad Hasan, 62 dari BN, Streram, 59, dari PH dan 2 calon bebas, Malar Rajaram, 51, dan Mohd Nor Yassin, 67