
Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, ia menjual 8,500 unit Proton X70 hanya dalam tempoh 100 hari selepas SUV itu dilancarkan.
Proton turut merekodkan kadar pertumbuhan jualan tertinggi dalam kalangan 3 jenama automotif utama di Malaysia, apabila mencapai 42% bagi tempoh 2 bulan pertama 2019.
Ketua pegawai kksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pemacu utama prestasi ini adalah Proton X70, yang menjadi model paling popular pada Januari dan Februari (berdasarkan angka pendaftaran rasmi) dan berada di landasan untuk mencapai pengiktirafan yang sama bagi bulan ke-3 berturut-turut.
“Ini membuktikan pembeli kereta di Malaysia meminati SUV pertama kami, dan Proton akan terus menghargai sokongan mereka, malah sentiasa berusaha menyiapkan lebih banyak unit secepat mungkin bagi mengurangkan tempoh menunggu,” katanya dalam kenyataan itu.