Putrajaya kaji cadangan turun tarif elektrik

Putrajaya kaji cadangan turun tarif elektrik

Perdana menteri berkata, saranan itu sejajar kejatuhan harga arang batu dan gas asli di pasaran global.

Dr Mahathir Mohamad berkata, kertas cadangan mengenai penurunan tarif elektrik akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.
SERDANG:
Kerajaan sedang meneliti cadangan menurunkan kadar tarif elektrik sejajar kejatuhan harga arang batu dan gas asli di pasaran global, kata Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri berkata, kertas cadangan mengenai perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan.

“Apa yang penting, kita mahu mengurangkan beban sara hidup yang ditanggung rakyat ketika ini. Kadar tarif itu masih belum dimuktamadkan lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Perdana Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersama Perdana Menteri, semalam.

Menurut laporan media, harga gas asli cecair (LNG) Amerika Syarikat (AS) merosot lebih 40% sejak Jun tahun lalu kepada AS$6.50 (RM26.50)/MMBtu, yang mana ia adalah terendah sejak September 2017.

Harga kargo arang batu bagi eksport dari Terminal Newcastle pula menurun bagi sukuan sejak pertengahan 2018 kepada bawah AS$90 (RM366) setiap tan buat pertama kali sejak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.