
Sempena menyambut bulan Ramadan penuh barakah, restoran D’Tandoor turut tidak ketinggalan menyajikan bufet Ramadan untuk umat Islam berbuka puasa.
Dengan harga kurang RM50 D’Tandoor menyediakan lebih 20 jenis hidangan untuk dinikmati.
Antara menu yang disediakan adalah Mandy Kambing dan ayam, Paratha, Biryani Buluh dan ayam masala.









D’Tandoor juga menyediakan hidangan berbeza setiap hari bagi memberi banyak pilihan kepada pelanggan.
Selepas 26 tahun beroperasi, D’Tandoor kini mempunyai tiga restoran di Lembah Klang iaitu di Putrajaya, Damansara dan Subang serta dua cawangan di Pulau Pinang dan Bukit Mertajam.
Malah D’Tandoor juga mempunyai beberapa cawangan di luar negara seperti di Australia, New Zealand, Kemboja dan Arab Saudi.
Berikut adalah harga untuk bufet Ramadan D’Tandoor
Dewasa – RM42.90
5 – 10 tahun – separuh harga
5 tahun ke bawah percuma
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]