Jangan memandai… Urutan tengkuk kedai gunting merbahaya

Jangan memandai… Urutan tengkuk kedai gunting merbahaya

Selepas gunting rambut jangan benarkan urutan leher dilakukan kerana bahaya dan boleh sesak nafas

Kebiasaannya lelaki yang menggunting rambut di kedai mamak atau mana-mana salon pasti akan disusuli dengan urutan tengkuk yang digemari oleh semua orang terutamanya lelaki.

Tak lengkaplah jika leher tidak diurut memandangkan majoriti akan meminta servis tersebut.

Namun tahukah anda dengan ditepuk-tepuk kepala dan dipusing ke kiri dan ke kanan hingga ada bunyi ‘crak’ meskipun timbul rasa lega sebenarnya merbahaya.

Facebook Public Health Malaysia, berkongsi satu kejadian, seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut dan selepas menggunting rambut, tukang gunting memberikan servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.

Sukar bernafas

Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, dia mengadu sukar untuk bernafas dan dikejarkan ke hospital dengan segera.

Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa.

Saraf tercedera

Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.

Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.

Apa yang sebenarnya terjadi bila anda mengurut tengkuk?

Tahukah anda, di tengkuk manusia itu mengandungi tulang tulang, sendi, otot dan saraf yang boleh mengalami kecederaan kekal hingga mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang apabila ia cedera.

Oleh sebab itu, urutan tengkuk di kedai gunting itu bukan perkara main-main kerana ia boleh mengundang pelbagai kecederaan.

Urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera.

Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dan strok.

Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.

Jadi, untuk kunjungan seterusnya ke kedai gunting, anda tidak digalakkan untuk menerima urutan leher.

Biarpun lega untuk sesetengah individu, ia lebih mendatangkan kemudaratan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.