
Bola sepak sememangnya menjadi sukan paling digemari oleh semua orang tidak kira lelaki atau perempuan.
Namun janganlah sekadar minat sahaja kenalah juga ambil tahu undang-undang sukan bola sepak barulah orang tidak akan pandang rendah jika kita tahu serba sedikit pasal bola.
Mesti ada yang tidak tahu siapa yang jaga undang-undang pasal bola sepak atau juga dikenali sebagai Laws of the Game?
Dalam Laws of the Game ni ada undang-undang dan peraturan pasal bola sepak yang wajib diikut oleh semua konfederasi bola sepak.
Antara undang-undang yang ada, berapa ramai pemain dalam satu pasukan, saiz padang, saiz bola yang digunakan dan macam-macam lagi.
Jadi siapa sebenarnya yang jaga Laws of the Game ini?
International Football Association Board atau IFAB ialah sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menilai Laws of the Game.
Maknanya FIFA menggunakan khidmat IFAB ni untuk menentukan undang-undang yang boleh diguna pakai dalam bola sepak.
Baru-baru ni IFAB dah umumkan ada beberapa undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan akan digunakan bermula musim baru bola sepak 2019/2020.
Terdapat 4 undang-undang baru iaitu:
1. Gol yang berpunca daripada handball tak dikira

Tak kisah sama ada handball secara sengaja atau tidak sengaja, gol tidak akan dikira kalau bola terkena tangan pemain.
2. Pemain yang ditukar boleh keluar kat mana-mana

Kalau sekarang ni, pemain kena datang ke arah pemain gantian yang berdiri di tepi garisan padang untuk membolehkan pemain gantian masuk ke dalam padang.
Undang-undang baru ni akan membenarkan pemain yang ditukar untuk keluar dari dalam padang secepat mungkin.
Tak perlu dah nak buang masa untuk berlari ke arah pemain gantian.
3. Tak perlu pemain penyerang kat wall
Sekarang ni, kalau pemain team A dapat freekick, penyerang team A akan kacau wall yang dibuat oleh pemain team B supaya wall tersebut akan dalam kelam kabut.
Lepas ini tak boleh macam itu lagi. Dalam undang-undang baru ini nanti, pemain penyerang kena berada sekurang-kurangnya 1 meter dari wall.
4. Jurulatih boleh dikenakan kad

Sekarang ini, manager, ketua jurulatih atau pembantu jurulatih pasukan akan diberikan amaran secara verbal oleh pengadil kalau didapati melakukan kesalahan di luar padang.
Lepas ini, pengadil boleh bagi kad kuning dan kad merah kat mana-mana staff pasukan yang degil.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]