Timbunan sisa plastik dari China ditemui di estet Bukit Mertajam

Timbunan sisa plastik dari China ditemui di estet Bukit Mertajam

Adun Machang Bubok percaya pembuangan plastik di estet berdekatan Kampung Berangan 9 bukan baru berlaku tetapi baru ditemui.

Sisa plastik, dikatakan dari China, dibuang di estet sawit berdekatan Kampung Berangan 9 di Bukit Teh, Bukit Mertajam.
BUKIT MERTAJAM:
Pulau Pinang mungkin berubah menjadi tempat pembuangan plastik dari China selepas timbunan sisa industri ditemui di estet sawit berdekatan Kampung Berangan 9 di Bukit Teh.

Sisa itu, yang disimpan dalam karung, tidak kelihatan dari jalan utama kerana pokok-pokok sawit.

Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon percaya pembuangan di situ itu bukan baru berlaku tetapi baru ditemui.

Beliau berkata Majlis Perbandaran Seberang Perai mahu memasang kamera pengawasan tetapi kawasan itu terlalu terpencil hinggakan susah menerima isyarat telefon bimbit.

Majlis itu mengeluarkan notis kepada pemilik tanah supaya menghentikan semua aktiviti di tapak itu.

Lee berkata penduduk sekitar tidak terdedah kepada bahaya kerana kawasan itu dikelilingi pokok-pokok sawit dan sebuah ladang ayam, tetapi kerajaan negeri mesti kemukakan rancangan menghentikan pembuangan sisa secara haram.

Beliau berkata minggu lepas tong-tong yang mengandungi cecair tidak diketahui ditemui berdekatan estet sawit itu.

“Plastik dibuang di sini. Ia nampaknya dari China. Pihak berkuasa perlu segera siasat,” katanya.

Pemeriksaan menemui berbukit-bukit sisa plastik dan barangan rumah di merata tempat.

Terdahulu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berikar akan mengambil tindakan tegas terhadap pencemar dan berkata satu laporan mengenai perkara itu sedang disiapkan Exco Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.