“I’m A Proud Muslim”– Ucapan pegawai polis New Zealand mendapat pujian masyarakat dunia

“I’m A Proud Muslim”– Ucapan pegawai polis New Zealand mendapat pujian masyarakat dunia

Selepas kejadian tembakan rambang, polis menambah anggotanya di beberapa tempat untuk meningkatkan tahap keselamatan

Tragedi hitam semasa solat Jumaat di Christchurch, minggu lepas pasti meninggalkan kesan mendalam buat segenap masyarakat terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.

Dalam masa yang sama ia turut dirasai pegawai polis wanita New Zealand, Supritendan Naila Hassan yang ternyata tidak dapat menahan sebaknya ketika berucap di Aotea Square, Auckland.

Video ini dimuatnaik menerusi Facebook Auckland City District Police menyaksikan Supretendan Naila Hassan berkongsi mesej ringkas ekoran mangsa tragedi tembakan di Christchurch.

Dia meluahkan perasaan bangga menjadi seorang Muslim dan seorang ketua polis di New Zealand.

Malah, dia turut menyifatkan tragedi itu meninggalkan kesan dalam buat semua komuniti di sana, ramai merasai kesedihan akan trajedi tidak berperikemanusiaan itu.

Tambahnya lagi, jumlah polis juga ditingkatkan di setiap kawasan bagi memantau keselamatan di negara itu sekaligus bagi membanteras jenayah.

Naila turut memaklumkan pihak berkuasa memberi jaminan kepada komuniti di situ dan berusaha sedaya upaya agar mangsa tembakan mendapat keadilan.

Pihak polis juga berada di lokasi kejadian semasa ahli keluarga menuntut jenazah untuk dibawa pulang.

Bagaimanapun, siasatan kes tembakan di Christchurch masih dijalankan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.