Trend harga barang basah stabil, kata timbalan menteri

Trend harga barang basah stabil, kata timbalan menteri

Harga barang basah tidak dipengaruhi GST dan SST hanya dikenakan kepada aktiviti lain sepanjang rantaian bekalan.

(Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Trend harga barangan basah di pasaran adalah stabil dengan sebahagian mengalami penurunan harga, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chien Jen berkata, berdasarkan pemantauan kementerian terhadap 31 item bagi tempoh Januari tahun ini, 18 item mengalami penurunan harga dan 13 lagi meningkat jika dibandingkan tempoh sama tahun lepas.

Chong menjawab soalan Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) yang ingin tahu sebab harga barang basah masih lagi tinggi walaupun GST dimansuhkan.

Mengulas lanjut, Chong berkata harga barang basah dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran, bukan oleh GST manakala pelaksanaan SST pula hanya dikenakan kepada aktiviti lain sepanjang rantaian bekalan seperti logistik dan input pertanian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.