Kanak-kanak perempuan maut pijak periuk api di selatan Yaman

Kanak-kanak perempuan maut pijak periuk api di selatan Yaman

Insiden berlaku ketika mangsa melalui lokasi kejadian di desa Shuayb wilayah Lahj yang dikuasai kerajaan Yaman.

Periuk api dan jerangkap samar menyebabkan ramai orang awam terbunuh, terutamanya di kawasan dikuasai puak Houthi sebelum ini. (Gambar Reuters)

ADEN (Yaman): Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang lagi parah selepas tepijak periuk api dalam kejadian di daerah selatan Lahj, lapor agensi berita Xinhua.

Insiden berlaku ketika kedua-dua kanak itu melalui lokasi kejadian di desa Shuayb wilayah Lahj yang dikuasai kerajaan Yaman.

Mangsa maut dikenali Ghaida Mahboob dan yang cedera Omemah Saif.

Desa Shuayb sebelum ini berada di bawah kawalan puak Houthi.

Menurut sumber yang enggan dikenali itu, kejadian itu adalah yang ke-5 berlaku di Lahj tahun ini, yang menyaksikan ramai penduduk menjadi korban.

Periuk api dan jerangkap samar menyebabkan ramai orang awam terbunuh, terutamanya di kawasan dikuasai puak Houthi sebelum ini.

Yaman berada dalam kancah peperangan sivil sejak akhir tahun 2014, ketika puak Houthi merampas dan menguasai banyak kawasan di wilayah utara, termasuk ibu kota Sanaa.

Perang saudara selama 4 tahun itu mengorbankan lebih 10,000 orang, kebanyakannya orang awam, sementara 3 juta lagi terpaksa menjadi pelarian, selain menyebabkan Yaman diancam kebuluran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.