
Berdasarkan kemas kini Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) sehingga 5.25 petang ini, jumlah itu menunjukkan 3 kawasan baru iaitu Klang di Selangor; Rembau dan Jelebu di Negeri Sembilan.
Pendang, Kedah kekal pada tahap 2 (tahap gelombang haba) iaitu dengan suhu mencecah antara 37 dan 40 darjah Celcius sejak semalam.
Kawasan disenaraikan pada tahap 1 ialah Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor); Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kawasan Port Dickson, Negeri Sembilan yang berada pada tahap 1 semalam, mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.
Gelombang haba berkenaan dijangka berlarutan selama 3 hari berturut-turut sejak semalam.
Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.