Ketua Cawangan Khas dilantik pemangku timbalan KPN

Ketua Cawangan Khas dilantik pemangku timbalan KPN

Abdul Hamid Bador menggantikan Noor Rashid Ibrahim yang bersara Ahad ini.

Abdul Hamid Bador (kiri) menghadiri majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara, Fuzi Harun (2 dari kiri) dan Noor Rashid Ibrahim (2 dari kanan).
KUALA LUMPUR:
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Abdul Hamid Bador dilantik sebagai pemangku timbalan ketua polis negara hari ini, susulan Noor Rashid Ibrahim yang akan bersara wajib Ahad ini.

Hamid dipindahkan dari Bukit Aman ketika menjadi timbalan pengarah SB susulan kontroversi 1MDB, tetapi beliau kembali menerajui SB pada 23 Mei tahun lalu, selepas persaraan Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Rashid sepatutnya bersara pada 17 Mac 2018, tetapi dilanjutkan perkhidmatannya selama setahun.

Hamid dilaporkan berkata, beliau tidak tahu mengenai arahan pemindahan itu dan hanya diminta melaporkan diri kepada Jabatan Perdana Menteri pada 2 September 2015 untuk memantau isu keselamatan dan transnasional, selepas 37 tahun berkhidmat untuk pasukan polis.

Hamid ketika ditemui wartawan selepas majlis serah terima tugas di Pusat Latihan Polis hari ini berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

“Saya tidak mahu komen sekarang, masanya tidak sesuai. Ia terlalu awal sekarang. Saya akan cakap sesuatu kemudian.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.