Gara-gara berpakaian seksi wanita tidak dibenarkan menaiki kapal terbang

Gara-gara berpakaian seksi wanita tidak dibenarkan menaiki kapal terbang

Bukan sahaja perlu berpakaian sopan ketika berurusan rasmi tetapi untuk menaiki pesawat juga perlu memakai pakaian sesuai

Akibat daripada berpakaian tidak senonoh, seorang wanita diberi amaran supaya menutup badannya yang terdedah dengan pakaian atau tidak dibenarkan menaiki pesawat Thomas Cook.

Emily O’Connor, 21, sebelum itu tidak mempunyai sebarang masalah ketika diperiksa oleh kawalan pasport untuk penerbangan dari Birmingham, England menuju ke Tenerife, Afrika Barat.

Bagaimanapun keadaan berubah sebaik sahaja beliau mahu menaiki pesawat.

“Thomas Cook beritahu saya yang mereka tidak membenarkan saya menaiki pesawat atas alasan pakaian tidak sopan.

“Kejadian ini benar-benar merosakkan percutian saya. Saya berasa gementar dan malu. Saya merasakan ia sangat prejudis terhadap wanita,” katanya.

Menurut Emily, dia tidak memakai sebarang jaket kerana merasakan pakaiannya tidak mengundang masalah.

“Mereka tanya mana bagasi saya untuk dibawa keluar dari pesawat,” katanya yang ketika itu dikelilingi oleh pengurus penerbangan dan pegawai keselamatan sambil diperhatikan oleh kira-kira 300 penumpang.

Emily yang tidak berpuas hati dengan tindakan perkhidmatan Thomas Cook telah memuat naik status di Twitter mendedak permohonan maaf secara terbuka.

Bagaimanapun menurut jurucakap Thomas Cook apa yang mereka lakukan adalah mengikut polisi yang diguna pakai oleh kebanyakan syarikat penerbangan.

“Kami mohon maaf kerana mengguris perasaan Emily.

“Namun bagi pihak kami telah mampu mengatasi situasi ketika itu dengan baik. Sama seperti syarikat penerbangan lain, kami juga mengamalkan polisi pakaian yang bersesuaian.

“Semua penumpang lelaki dan perempuan perlu mengikut polisi yang ditetapkan tanpa sebarang diskriminasi,” menurut Thomas Cook.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.