4 rakyat Malaysia jadi mangsa serangan masjid NZ, kata sumber

4 rakyat Malaysia jadi mangsa serangan masjid NZ, kata sumber

Tiga daripadanya tercedera manakala status seorang lagi belum diketahui.

PETALING JAYA:
Empat orang rakyat Malaysia menjadi mangsa serangan ke atas masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, kata sumber.

Sumber di Wisma Putra berkata 4 orang itu adalah Tarmizi Shuid, Rahimi Ahmad, Mohd Nazril Omar dan Haziq Tarmizi.

FMT diberitahu Tarmizi, Rahimi dan Nazri tercedera dan berada di hospital manakala status Haziq, 17, belum diketahui.

Kali terakhir Haziq kelihatan adalah di masjid.

Media hari ini melaporkan, berlaku kejadian tembakan di 2 masjid di Christchurch sekitar jam 1.40 tengah hari tadi (waktu tempatan) mengorbankan sekurang-kurangnya 49 orang setakat ini, manakala seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dalam kejadian itu.

Susulan insiden itu, Polis New Zealand menahan 4 suspek iaitu 3 lelaki dan seorang wanita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.