Utusan jual kilang dengan nilai RM13.5 juta

Utusan jual kilang dengan nilai RM13.5 juta

Utusan Melayu Bhd menjual 2 buah kilang di Taman Shamelin Perkasa kepada Magna Mahsuri Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd menjual 2 buah kilang di Taman Shamelin Perkasa dengan nilai RM13.5 juta.

Kumpulan media itu berkata anak syarikat milik penuh, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd menandatangani perjanjian untuk menjual bangunan tersebut kepada Magna Mahsuri Sdn Bhd.

Cadangan penjualan itu memberi peluang untuk membuka nilai segera hartanah itu dan membolehkan kumpulan tersebut mengumpul dana bagi keperluan modal kerjanya, menurut Utusan dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Hasil bersih daripada cadangan penjualan itu akan digunakan sebahagiannya untuk membiayai keperluan kerja kumpulan untuk membiayai operasi sehariannya, termasuk pembayaran kepada pemiutang, perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan operasi lain, katanya.

Cadangan penjualan itu dijangka selesai pada suku pertama 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.