Dilarang melombong bauksit selepas moratorium tamat

Dilarang melombong bauksit selepas moratorium tamat

Perlombongan hanya boleh dijalankan apabila arahan pemberhentian operasi melombong ditarik balik.

Xavier Jayakumar (4 dari kanan) ketika meninjau tempat penyimpanan dan perlombongan bauksit di Kuantan pada 18 Februari lepas. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan tidak membenarkan perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang dijalankan walaupun selepas moratorium tamat pada 31 Mac.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar berkata perlombongan hanya boleh dijalankan apabila arahan pemberhentikan operasi melombong, yang dikeluarkan pada Januari 2016, ditarik balik.

Arahan hanya akan ditarik balik apabila apabila semua pihak berkepentingan melaksana dan menguatkuasa tatacara operasi standard (SOP) aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit bagi menjamin aktiviti perlombongan mapan.

“Ia seperti termaktub bawah Akta Pembangunan Mineral,” katanya pada sidang media di ruang legar Parlimen.

SOP yang ditetapkan itu mengenakan syarat-syarat ketat merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombongan dari pra-perlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan.

“Ini termasuk pelan pemulihan, pengendalian logistik dan stockpile di pelabuhan,” katanya.

Kementerian akan mengeluarkan notis pada 31 Mac 2019 berkenaan sesi pendengaran awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.