
Watak Marvel sememangnya diminati oleh semua peringkat umur termasuklah orang dewasa.
Sehubungan itu tidak hairanlah jika ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata mahu menyerupai watak yang mereka nikmati.
Ia termasuklah karakter popular, Hulk yang ternyata mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Dek kerana terlalu taksub ada di antara peminat sanggup mengubah badan mereka untuk kelihatan sama dengan karakter itu.
Selain seorang pemuda yang dikenali sebagai Hulk Iran, kini muncul seorang lagi pesaingnya dari Brazil.

Romario dos Santos Alves, dikenali sebagai Hulk Brazil meluahkan hasrat untuk berlawan dengan Hulk Iran, Sajad Gharibi.
Gharibi, 27, sebelum ini menempa nama di internet gara-gara badannya yang besar persis karakter filem popular itu.
Tawaran itu dibuat oleh Romario menerusi laman sosial miliknya dan mereka akan bersaing dalam acara 120 kilogram.
Gharibi yang bersetuju menyahut cabaran itu tidak melepaskan peluang untuk menyindir Romario supaya tidak hanya berani berkata-kata namun kemudian menyorok.
“Beranikan diri untuk ajak saya berlawan, jangan menyorok di sebalik penaja.
“Saya sudah bersedia, tunjukkan apa yang kamu ada di dalam gelanggang nanti,” katanya lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]