
Zaman kanak-kanak adalah waktu yang sangat menyeronokkan.
Ada sahaja permainan yang dimain bersama rakan-rakan ataupun keluarga.
Salah satu permainan yang sangat diminati sudah pastinya main ‘sorok-sorok’.
Ada sahaja idea yang terlintas untuk menyorok bagi sembunyikan diri dari dijumpai rakan mahupun adik beradik.
Namun apa yang terjadi pada seorang kanak-kanak berumur 5 tahun berasal dari Florida, Amerika Syarikat sangat membahayakannya nyawanya.
Menurut Metro.Uk, kanak-kanak lelaki tersebut sedang bermain sorok-sorok bersama ahli keluarganya namun tersilap memilih tempat untuk bersembunyi apabila dia terkunci di dalam bekas ais.
Menurusi laporan video Abc13, kanak-kanak tersebut dilihat terus memasuki bekas ais itu untuk bersembunyi tanpa memikirkan bahaya.
Setelah dia merasa dirinya dikunci, dia mula menjerit sekuat hati.
Ibu mangsa yang terdengar jeritan dari luar rumah tetapi tidak tahu dari mana datangnya jeritan itu sehingga suaminya membuka bekas ais tersebut dan menemui anaknya di dalam bekas tersebut.
“Kami terdengar suara dia menjerit lalu kami terus ke luar rumah.
“Namun kami tidak pasti dari mana datangnya jeritan itu sehinggalah suami saya membuka bekas ais tersebut.
“Dia menangis dalam ketakutan sepanjang berada dalam bekas ais itu,” kata ibunya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]