Terbaik buat ibu bapa… tonton wayang tanpa bimbangkan anak bising, berlari, bermain

Terbaik buat ibu bapa… tonton wayang tanpa bimbangkan anak bising, berlari, bermain

Ibu bapa boleh menonton wayang dan biarkan anak berlari, bermain dan menjerit tanpa teguran sesiapa

Mempunyai keluarga yang besar dengan memiliki ramai anak tidak lagi menjadi isu kepada ibu bapa yang hendak menonton wayang.

Malah ibu bapa juga tidak perlu bimbang jika anak mereka menjerit, berlari ataupun menangis kerana kebanyakan pawagam sudah mula menyediakan panggung khas untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

Terbaru, Golden Screen Cinema (GSC) memperkenalkan pawagam kanak-kanak dinamakan PlayPlus di GSC cawangan IOI Mall Puchong yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mesra keluarga.

PlayPlus dilengkapi dengan tempat duduk rekaan khas beraneka warna yang selesa bagi kegunaan seisi keluarga, malah turut didatangkan dengan ruang bermain untuk kanak-kanak.

Jangan risau untuk golongan ibu bapa muda, ada juga kerusi berpasangan untuk anda.

Dewan panggung wayang juga diterangi dengan lampu yang bersesuaian ketika filem ditayangkan bagi membolehkan ibu bapa melihat anak masing-masing.

Lebih istimewa, GSC IOI Mall Puchong kini turut menempatkan kios Starbucks buat julung kalinya menerusi kerjasama mereka dengan Starbucks Malaysia.

Anda boleh bawa minuman Starbucks tersebut untuk dinikmati semasa menonton wayang.

“Kami berharap dengan adanya PlayPlus, keluarga akan lebih menikmati momen menonton wayang bersama-sama,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee ketika majlis perasmian GSC PlayPlus Sabtu lalu.

Sebarang maklumat tambahan dan tempahan, anda boleh semak di www.gsc.com.my.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.