
NEW DELHI: Pakatan parti pemerintah India boleh memenangi majoriti kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan pada pilihan raya 11 April ini, kata tinjauan pendapat di seluruh negara itu.
Pakatan Demokrasi Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Narendra Modi itu boleh menang 264 kerusi berbanding 141 kerusi yang dijangka dimenangi pakatan pembangkang yang diketuai Parti Kongres, menurut tinjauan CVoter yang disiarkan saluran televisyen tempatan hari ini.
Sebanyak 543 kerusi dipertandingkan pada pilihan raya kali ini.
Keputusan tinjauan pendapat itu disiarkan susulan pengumuman tarikh pilihan raya.