Unik… Tema animasi ‘Kamen Rider’ menjadi pilihan pasangan pengantin

Unik… Tema animasi ‘Kamen Rider’ menjadi pilihan pasangan pengantin

Pasangan pengantin berani mencuba kelainan dengan tampil busana animasi ‘Kamen Rider’.

Perkahwinan merupakan satu detik indah yang akan disimpan sebagai kenangan sepanjang hayat.

Sehubungan itu foto perkahwinan yang dirakam adalah amat penting bagi pasangan raja sehari.

Adalah menjadi kebiasaan bagi pasangan raja sehari untuk mengadakan pengambaran luar daripada majlis perkahwinan sejurus selesai majlis persandingan mereka.

Ada di antara mereka yang menukar busana seiring dengan tema yang mereka inginkan.

Di Twitter, sepasang pengantin baru berkongsikan foto perkahwinan mereka yang mengenakan busana bertemakan superhero.

Tema superhero ini dipilih oleh pihak pengantin lelaki, Alif Hakim Azhar yang merupakan peminat tegar siri animasi Kamen Rider.

Alif juga ada menjual produk mainan cosplay ini secara online dan mempunyai pelbagai koleksi mainan cosplay di rumahnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.