Tunjuk peraaan anti-presiden banjiri ibu negara Algeria

Tunjuk peraaan anti-presiden banjiri ibu negara Algeria

Puluhan ribu turun mencabar pemerintahan 20 tahun Abdelaziz Bouteflika bagi membantah rancangannya untuk terus berkhidmat.

ALGIERS: Puluhan ribu rakyat Algeria memenuhi pusat bandar Algiers semalam bagi mencabar pemerintahan 20 tahun Presiden Abdelaziz Bouteflika dalam tunjuk perasaan terbesar di ibu negara dalam 28 tahun.

Tunjuk perasaan itu, yang terbaru dalam himpunan-himpunan di serata Algeria sejak 2 minggu lalu, berlangsung secara aman tetapi pada waktu malam polis melepaskan gas pemedih mata bagi menghalang laluan ke istana presiden. Polis juga melepaskan gas pemedih mata di beberapa kawasan lain di ibu negara.

Pihak keselamatan menangkap 195 orang atas pelbagai kesalahan seperti penjarahan, kata siaran televisyen kerajaan. Ia berkata 112 anggota polis tercedera. Orang-orang yang tidak dikenali memecah masuk sebuah sekolah rendah dan muzium negara, mencuri barangan purba dan membakar sebahagian bangunan itu, katanya.

Rakyat Algeria yang terdesak dan berang dengan pengangguran, rasuah dan seorang elit berusia yang terputus daripada suara orang muda turun ke jalanan sejak 22 Februari lalu bagi membantah rancangan Bouteflika, 82, untuk terus berkhidmat.

Himpunan-himpunan ini, yang terbesar sejak 1991 apabila tentera maembatalkan pilihan raya yang mungkin dimenangi golongan Islamis, menjadi ancaman terbesar yang pernah dihadapi Bouteflika, yang akan bertanding pada pemilihan presiden 18 April.

Tiada anggaran rasmi mengenai jumlah penunjuk perasaan, tetapi akhbar Algeria, El Watan menganggarkan lebih 1 juta rakyat menunjuk perasaan di ibu negara.

Majalah tentera Algeria, Djeich, menurut agensi berita kerajaan, berkata rakyat dan tentera berkongsi wawasan dan nasib. Ia tidak mengulas kekacauan itu tetapi ketua turus tentera darat berkata angkatan tentera tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ancaman terhadap kestabilan negara.

Salah seorang imam popular di Algiers tidak mendoakan kesejahteraan presiden seperti yang biasa dilakukannya setiap Jumaat, hanya mendoakan yang terbaik untuk Algeria dan rakyatnya.

Bouteflika yang sedang uzur berada di sebuah hospital di Geneza, Switzwerland dan jarang dilihat di khalayak sejak mengalami serangan angin ahmar pada 2013.

Pencalonannya mengundang kemarahan rakyat Algeria yang letih dengan dominasi golongan veteran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.