
Jika tidak, ia memberi isyarat kepada industri penjagaan kesihatan bahawa inovasi, nilai dan persaingan adil tidak diiktiraf atau ada ganjaran, katanya.
Mengulas kemungkinan kementerian kesihatan perbaharui konsesi Pharmaniaga untuk sedekad lagi, Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Mohd Khalib berkata syarikat itu selama 25 tahun menikmati perjanjian eksklusif untuk membeli, menyimpan, membekal dan mengedar sekurang-kurangnya 700 produk farmaseutikal.
Katanya, lebih 1/3 daripada bekalan ubat-ubatan kerajaaan yang berjenama dan generik.
“Sekiranya ia berlaku, ia bukan sahaja bererti syarikat itu selama 35 tahun meraih berbilion ringgit wang rakyat setiap tahun, ia juga memberi isyarat salah kepada industri penjagaan kesihatan bahawa inovasi, nilai dan persaingan adil tidak diiktiraf atau ada ganjaran.
“Mana-mana pesaing tempatan kepada perniagaan Pharmaniaga akan tawar hati untuk melabur walaupun ia menawarkan sistem yang lebih berkesan dari segi kos dan cekap,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azrul berkata kerajaan dalam komitmennya kepada reformasi institusi harus menamatkan konsesi-konsesi eksklusif yang menganugerahkan syarikat-syarikat individu monopoli dan pengaruh besar ke atas sebahagian besar sistem penjagaan kesihatan, termasuk perkhidmatan hospital.
“Ia mencipta kebergantungan yang tidak sihat apabila syarikat-syarikat berkenaan dianggap amat perlu dan jika gagal akan menyebabkan bencana,” katanya.
“Sistem penjagaan kesihatan awam kita berisiko menjadi terdedah kepada kebergantungan melampau itu.
“Memecahkan tingkah laku anti-persaingan, menamatkan penggunaan ejen tender sebagai orang tengah, dan mengalakkan pembangunan suatu rangka pemerolehan dan rantaian bekalan ubat-ubatan yang lebih bersaing, berbagai-bagai dan telus akan memberi manfaat kepada kepentingan dan kesejahteraan pesakit.
“Ia berpotensi untuk mengadakan pilihan perubatan dan rawatan yang lebih baik dan lebih bagus, menurunkan harga ubat-ubatan dan perkhidmatan dan membantu memastikan sistem penjagaan kesihatan yang mapan untuk tahun-tahun mendatang,” katanya.
Azrul berkata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berulang kali menegaskan wawasan rawatan yang berbaloi dan komitmen kepada reformasi yang memastikan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan kos dalam kesihatan.
Beliau berkata Pharmaniaga juga menyambut baik idea tender terbuka daripada aturan konsesi.
“Bagaimanapun, jika ia terlalu sukar, atau terlalu awal, kerajaan harus memberikan perjanjian konsesi tidak lebih dari 5 tahun dan membuat persiapan untuk peralihan.
“Kementerian kewangan dan kesihatan harus mempertimbangkan pilihan-pilihan ini dengan serius,” katanya.