Petronas untung RM55.3 bilion selepas cukai 2018

Petronas untung RM55.3 bilion selepas cukai 2018

Aset Petronas meningkat kepada RM636.3 bilion berbanding RM599.8 bilion pada 2017.

Petronas mula bayar dividen kepada kerajaan sejak Januari.
KUALA LUMPUR:
Petronas mencatat keuntungan RM55.3 bilion selepas cukai berbanding pulangan RM251 bilion untuk tahun kewangan 2018, umum syarikat minyak negara itu hari ini.

Ini adalah peningkatan RM10 bilion dari tahun sebelumnya, apabila ia merekodkan keuntungan selepas RM45.5 bilion pada 2017 dan pendapatan RM223.6 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pencapaian yang kukuh itu hasil daripada kecekapan yang meningkat, disiplin fiskal dan kecemerlangan operasi syarikat.

“Petronas mencatat prestasi kewangan yang kukuh pada 2018 dengan sokongan berterusan dari kami untuk meningkatkan kecekapan operasi dan kecemerlangan komersial,” katanya.

Junlah aset syarikat tersebut meningkat kepada RM636.3 bilion, berbanding RM599.8 bilion pada 2017.

Ditanya sama ada syarikat itu boleh membayar dividen biasa RM24 bilion dan dividen khas RM30 bilion kepada kerajaan, Wan Zulkiflee berkata, syarikat mencapai tahap tunai yang selesa untuk menunaikan komitmennya.

“Kami sudah mula bayar dividen kepada kerajaan sejak Januari,” katanya.

Menurutnya, Petronas mempunyai baki tunai RM181 bilion setakat 31 Disember, 2018.

Syarikat itu membelanjakan RM46.8 bilion sebagai perbelanjaan modal dan untuk 2019, dengan jumlah melebihi RM50 bilion.

Untuk 2018, 54% daripada perbelanjaan modalnya dibelanjakan di Malaysia, sementara bakinya di luar negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.