Wow ‘Cheesy Char Kway Teow’…peminat keju jangan lepaskan peluang mencubanya

Wow ‘Cheesy Char Kway Teow’…peminat keju jangan lepaskan peluang mencubanya

Berani mencuba sesuatu yang baru seperti ‘Cheesy Char Kway Teow’ mampu menarik peminat setia makanan terutamanya melibatkan keju

Orang Malaysia kalau bab makan memang ‘champion’.

Selain nasi lemak, roti canai, sate dan laksa, char kway teow juga antara menu kegemaran ramai.

Namun, baru-baru ini tular di laman sosial apabila menu char kway teow itu telah ‘dihipsterkan’ dengan meletakkan sos keju.

Selepas beberapa menu lain telah diinovasikan dengan taburan keju seperti mee segera keju, nasi goreng keju dan keropok lekor keju, kini tiba giliran char kway teow untuk dilimpahi sos keju.

Hidangan yang diberi nama cheesy char kuey teow ini terletak di Spark Cheese, Cyberjaya.

Menerusi satu tweet pengguna @ShibliVision, perkongsiannya tentang menu itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Baginya ini adalah char kway teow keju yang pertama Malaysia sambil menyatakan gabungan kedua-duanya walaupun pelik tapi sedap untuk dicuba.

Namun bagi netizen pula, ramai yang berpendapat gabungan rasa kedua-duanya tidak sesuai.

Bagaimanapun disebalik menerima kecaman netizen, ramai yang sudah datang untuk mencuba sendiri cheesy char kuey teow ini.

Menerusi pemilik akaun Twitter itu lagi, sehingga jam 9 malam, 5 Februari lalu, lebih 100 pinggan telah laris dijual.

Apa pandangan ada? Setiap orang mempunyai selera yang berbeza.

Mungkin enak di tekak anda, kurang enak di tekak orang lain.

Tak salah kalau anda nak rasa dan nilaikannya sendiri.

Jika anda mahu cuba, gerai ini dibuka dari 6.30 petang hingga 1.30 pagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.