
Bolehkah anda membayangkan jet pejuang tanpa juruterbang ? Tidakkah ia merbahaya ? Mungkinkah berlaku salah komunikasi dan teknikal sistem hingga membuatkan ia membuat sasaran yang tidak tepat ?
Sudah pasti semua persoalan ini bermain diminda bagi sesiapa sahaja yang membaca atau mendengarnya.
Namun inilah hakikat yang perlu diterima apabila teknologi dunia penerbangan semakin canggih dan tidak tercapai dek akal fikiran.
Pendedahan itu dibuat Syarikat pengeluar pesawat, Boeing di Pameran Udara Antarabangsa Australia yang memperkenalkan sebuah pesawat tanpa juruterbang baharu.
Pesawat bernama Loyal Wingman yang dibangunkan bersama Tentera Udara Diraja Australia itu berukuran 12 meter panjang dan mempunyai jarak operasi lebih 3,700 kilometer.

Ia boleh membawa peluru berpandu dan bom pada masa depan.
Pesawat tersebut dilengkapi dengan sensor yang membolehkannya melakukan misi perisikan, pemantauan dan tinjauan termasuk peperangan elektronik dijangka dijual pada tahun depan.
Naib Presiden dan Pengurus Besar Sistem Autonomi Boeing, Kristin Robertson berkata pesawat baharu itu beroperasi secara fleksibel dan sesuai untuk pelbagai jenis misi di samping jauh lebih murah berbanding jet pejuang sedia ada.
“Adalah lebih baik untuk mempunyai sebuah pesawat ini untuk bertempur berbanding platform (kapal terbang) yang dikendalikan manusia,” katanya.
Bagaimanapun, harga pesawat itu tidak didedahkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]