
Bayi pramatang yang dilahirkan hanya sebesar bawang besar memecah rekod dunia sebagai bayi paling kecil yang berjaya menempuh detik sukar dan hidup sehingga ke hari ini.
Ketika dilahirkan bayi yang ketika itu berusia 24 minggu hanya seberat 268 gram berhenti membesar di dalam rahim ibunya.

Selepas lima bulan menerima rawatan, bayi lelaki itu kini mempunyai berat 3.2 kilogram dan dibenarkan keluar hospital minggu lalu.
Menurut Hospital Universiti Keio, pakar tidak dapat menjelaskan keadaan yang dialami oleh bayi itu namun terdapat kemungkinan ia berkaitan dengan pertumbuhan paru-parunya yang perlahan.
“Saya gembira kerana dia membesar kerana secara jujurnya, saya sebenarnya tidak pasti sama ada dia berpeluang untuk hidup atau tidak,” kata ibu bayi itu.

Hospital itu yang memetik data daripada Universiti Iowa berkata, rekod sebelum ini dipegang oleh bayi lelaki yang dilahirkan di Jerman pada 2009 dengan berat 274 gram.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]