Anggota polis kini bergelar Ratu Cantik Jerman

Anggota polis kini bergelar Ratu Cantik Jerman

Secara tidak sengaja memuat naik gambar memakai bikini terus mendapat gelaran ratu cantik

Adrienne Koleszar yang dianggap ratu cantik polis Jerman selepas popular di media sosial, menjadi kenyataan apabila anggota itu benar-benar menjadi ratu apabila memenangi pertandingan Ratu Cantik Jerman.

Anggota polis dari Stuggart, Nadine Berneis, 28, dimahkotakan sebagai ratu cantik negara itu, Ahad lalu, menewaskan 9,500 peserta lain.

Bulan lalu, Adrienne menjadi perhatian umum dan dianggap ratu polis, selepas diberi amaran kerana memuat naik gambar memakai bikini di media sosial.

Media Jerman melaporkan Adrienne menjadi bintang di Instagram dengan 645,000 pengikut media sosial.

Portal berita The Local melaporkan, Nadine yang sudah 10 tahun berkhidmat sebagai anggota polis, mengumumkan hasratnya bercuti selama setahun bagi menikmati gelaran terbarunya sebagai ratu itu.

Menyertai polis pada usia 18 tahun, Nadine pernah bertugas dengan pasukan keselamatan perlawanan bola sepak dan baru-baru ini, dipindahkan ke jabatan jenayah siber.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.